Antara tanda kiamat adalah (apabila) seorang lelaki itu lalu di dalam masjid namun dia tidak mengerjakan solat dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من أشراط الساعة أن يمر الرجل في المسجد لا يصلي فيه ركعتين وأن لا يسلم الرجل إلا على من يعرف وأن يبرد الصبي الشيخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara tanda kiamat adalah (apabila) seorang lelaki itu lalu di dalam masjid namun dia tidak mengerjakan solat dua rakaat di dalamnya, begitu juga apabila seorang lelaki itu tidak mengucapkan salam melainkan kepada orang yang dia kenal sahaja, serta seorang budak mengarahkan orang tua untuk melakukan itu dan ini buat dirinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 252, hadis nombor 1309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أبي الجعد، قال: لقي ابن مسعود رجلا فقال: السلام عليك يا ابن مسعود! فقال ابن مسعود: صدق الله ورسوله – صلى الله عليه وسلم -، سمعت رسول اللہ – صلى الله عليه وسلم – یقول: ((من أشراط الساعة أن يمر الرجل في المسجد لا يصلي فيه ركعتين، وأن لا يسلم الرجل إلا على من يعرف، وأن يبرد الصبي الشيخ)). [ابن خزيمة، طب، ((الضعيفة)) (1530، 4514)]

(Lemah)
Daripada Abu al-Ja’d beliau berkata:
Ibn Mas’ud bertemu seorang lelaki dan dia berkata: Assalamualaikum wahai Ibn Mas‘ud! Ibn Mas‘ud berkata: Benarlah Allah dan Rasul-Nya SAW. Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Antara tanda kiamat adalah (apabila) seorang lelaki itu lalu di dalam masjid namun dia tidak mengerjakan solat dua rakaat di dalamnya, begitu juga apabila seorang lelaki itu tidak mengucapkan salam melainkan kepada orang yang dia kenal sahaja, serta seorang budak mengarahkan orang tua untuk melakukan itu dan ini buat dirinya.
[Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1530, 4514]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs