Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Antara tanda keserasian yang baik adalah terjalin hubungan persahabatan

Teks Bahasa Arab

مِنْ حُسْنِ الْمُوَافَقَةِ الْمُرَافَقَةُ.

Teks Bahasa Melayu

Antara tanda keserasian yang baik adalah terjalin hubungan persahabatan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 95, hadis no. 460. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كذا أورده السخاوي، وليس بحديث. والمرافقة من الرفق، قال الجد: وأكثر ما يدور على الألسنة، (من حسن المرافقة: الموافقة)، أو: من شرط المرافقة وهي: من الرفقة. وليس بحديث.

Demikian yang dibawakan oleh al-Sakhawi dan ia bukannya hadith. Perkataan المرافقة berasal daripada perkataan الرفق (berlemah lembut). Al-Jadd berkata: "Lafaz yang paling banyak berlegar-legar pada lidah orang ramai adalah: "Antara tanda persahabatan yang baik adalah keserasian satu sama lain" atau dalam lafaz lain: "Antara syarat persahabatan", ia berasal daripada perkataan الرفقة (persahabatan), ia bukanlah hadith.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.