Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Antara tanda kesempurnaan iman seseorang hamba adalah dia berkata Insya Allah dalam setiap kata-katanya

Teks Bahasa Arab

إِنَّ مِنْ تَمَامِ إِيمَانِ الْعَبْدِ أَنْ يَسْتَثْنِيَ فِي كُلِّ حَدِيثِهِ. يَعْنِي: أَنْ يَقُولَ فِيهِ: إِنْ شَاءَ الله.

Teks Bahasa Melayu

Antara tanda kesempurnaan iman seseorang hamba adalah dia berkata Insya Allah dalam setiap kata-katanya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 68, hadis no. 66. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.

(Hadis) Munkar.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.