Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Antara tanda kefahaman seseorang muslim adalah dia memperelokkan kehidupannya

Teks Bahasa Arab

مِن فقهِ الرَّجلِ المسلِمِ أن يُصْلِحَ معيشتَهُ، وليسَ من حُبِّكَ الدُّنيا طلَبُ ما يُصلِحُكَ.

Teks Bahasa Melayu

Antara tanda kefahaman seseorang muslim adalah dia memperelokkan kehidupannya, bukanlah termasuk kamu cintakan dunia apabila kamu mencari sesuatu yang boleh memperelokkan kamu.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1236, hadis no. 6297. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: من فقه الرجل المسلم أن يصلح معيشته، وليس من حبك الدنيا طلب ما يصلحك. [عد، ((الضعيفة)) (555)].

(Sangat Lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara tanda kefahaman seseorang muslim adalah dia memperelokkan kehidupannya, bukanlah termasuk kamu cintakan dunia apabila kamu mencari sesuatu yang boleh memperelokkan kamu. [Riwayat Ibn 'Adi.Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 555].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.