TEKS BAHASA ARAB
من فقه الرجل رفقه في معيشته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Antara tanda kefahaman seseorang adalah mudah urusannya dalam kehidupannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1235, hadis nombor 6296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: من فقه الرجل رفقه في معيشته.
[حم، الثعلبي في ((تفسيره))، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (556)].
(Lemah)
Daripada Abi al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara tanda kefahaman seseorang adalah mudah urusannya dalam kehidupannya.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Tha'labi dalam Tafsir beliau, Ibn 'Adi, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 556].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.