Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Antara tanda kefahaman seseorang adalah mudah urusannya dalam kehidupannya

Teks Bahasa Arab

مِن فقهِ الرَّجلِ رِفقُهُ في معيشتِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Antara tanda kefahaman seseorang adalah mudah urusannya dalam kehidupannya.

Sahabat Perawi

  1. Abi al-Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1235, hadis no. 6296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: من فقه الرجل رفقه في معيشته. [حم، الثعلبي في ((تفسيره))، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (556)].

(Lemah) Daripada Abi al-Darda' RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara tanda kefahaman seseorang adalah mudah urusannya dalam kehidupannya. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Tha'labi dalam Tafsir beliau, Ibn 'Adi, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 556].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.