TEKS BAHASA ARAB
من فقه الرجل المسلم أن يصلح معيشته، وليس من حبك الدنيا طلب ما يصلحك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Antara tanda kebijaksanaan seorang lelaki muslim adalah dia memperbaiki kehidupannya, bukanlah ia (dikira sebagai) kecintaanmu kepada dunia untuk menuntut sesuatu yang boleh memperbaiki (kehidupan)mu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 607, hadis nombor 3150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من فقه الرجل المسلم أن يصلح معيشته، وليس من حبك الدنيا طلب ما يصلحك)). [عد، هب، ((الضعيفة)) (2600)].
(Palsu)
Daripada Abdullah bin ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Antara tanda kebijaksanaan seorang lelaki muslim adalah dia memperbaiki kehidupannya, bukanlah ia (dikira sebagai) kecintaanmu kepada dunia untuk menuntut sesuatu yang boleh memperbaiki (kehidupan)mu.))
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’ dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2600].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.