Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِن فقهِ الرَّجلِ المسلمِ أن يُصلِحَ معيشتَه، وليسَ من حبِّكَ الدُّنيا طلبُ ما يُصلحُكَ.
Teks Bahasa Melayu
Antara tanda kebijaksanaan seorang lelaki muslim adalah dia memperbaiki kehidupannya, bukanlah ia (dikira sebagai) kecintaanmu kepada dunia untuk menuntut sesuatu yang boleh memperbaiki (kehidupan)mu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 607, hadis no. 3150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من فقه الرجل المسلم أن يصلح معيشته، وليس من حبك الدنيا طلب ما يصلحك)). [عد، هب، ((الضعيفة)) (2600)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Antara tanda kebijaksanaan seorang lelaki muslim adalah dia memperbaiki kehidupannya, bukanlah ia (dikira sebagai) kecintaanmu kepada dunia untuk menuntut sesuatu yang boleh memperbaiki (kehidupan)mu.)) [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’ dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2600].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman