TEKS BAHASA ARAB
من سعادة المرء خفة لحيته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Antara tanda kebahagiaan anak Adam adalah nipis janggutnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 71, hadis nombor 403. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia palsu sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibn al-Jawzi. Sebahagian mereka berpendapat bahawa ia kesilapan ejaan daripada perkataan لحييه ia menunjukkan dua لحي (bermaksud 2 tulang rahang) iaitu keduanya ringan dengan banyak menyebut Allah.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.