Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِنْ سَعَادَةِ المَرْءِ خِفَّةُ لِحْيَتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Antara tanda kebahagiaan anak Adam adalah nipis janggutnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 71, hadis no. 403. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia palsu sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibn al-Jawzi. Sebahagian mereka berpendapat bahawa ia kesilapan ejaan daripada perkataan لحييه ia menunjukkan dua لحي (bermaksud 2 tulang rahang) iaitu keduanya ringan dengan banyak menyebut Allah.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman