Antara tanda hari kiamat sudah dekat ialah kehancuran Arab

TEKS BAHASA ARAB

من اقتراب الساعة: هلاك العرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara tanda hari kiamat sudah dekat ialah kehancuran Arab.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 669, hadis nombor 3452. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن أبي رزين عن أمه، قالت: كانت ‌أم ‌الحرير إذا مات أحد من العرب اشتد عليها، فقيل لها: إنا نراك إذا مات الرجل من العرب اشتد عليك؟ قالت: سمعت مولاي يقول: ((من اقتراب الساعة: هلاك العرب)). [ت، ((الضعيفة)) (4515)]

(Lemah) Daripada Muḥammad bin Abī Razīn daripada ibunya, beliau berkata: Ummu al-Ḥarīr; jika meninggal seseorang dalam kalangan Arab maka dia akan merasa takut. Lalu dikatakan kepadanya: Sesungguhnya, kami melihat kamu takut apabila mati seseorang dalam kalangan Arab? Dia berkata: Aku mendengar tuanku berkata: Antara tanda hari kiamat sudah dekat ialah kehancuran Arab. [Riwayat al-Tirmiżī dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4515]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs