Antara tanda hari kiamat: Seorang lelaki melalui sebuah masjid namun dia tidak solat dua rakaat di dalamnya

TEKS BAHASA ARAB

من أشراط الساعة: أن يمر الرجل في المسجد، لا يصلي فيه ركعتين، وأن لا يسلم الرجل إلا على من يعرف، ‌وأن ‌يبرد الصبي الشيخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara tanda hari kiamat: Seorang lelaki melalui sebuah masjid namun dia tidak solat dua rakaat di dalamnya. Begitu juga seorang lelaki yang tidak memberi salam kecuali kepada yang dia kenal, juga seorang kanak-kanak yang menenangkan orang tua.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 669, hadis nombor 3451. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سالم بن أبي الجعد عن أبيه، قال: لقي ابن مسعود -رضي الله عنه- رجلاً، فقال: السلام عليك يا ابن مسعود! فقال ابن مسعود -رضي الله عنه-: صدق الله ورسوله صلى الله عليه وسلم! سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من أشراط الساعة: أن يمر الرجل في المسجد، لا يصلي فيه ركعتين، وأن لا يسلم الرجل إلا على من يعرف، ‌وأن ‌يبرد الصبي الشيخ)). [خز، طب، ((الضعيفة)) (4514)]

(Lemah) Daripada Sālim bin Abī al-Ja’d daripada ayahnya, beliau berkata: Ibn Mas‘ūd RA bertemu seorang lelaki lalu dia berkata: Salam sejahtera ke atas kamu wahai Ibn Mas‘ūd! Maka Ibn Mas‘ūd RA berkata: Benarlah (firman) Allah dan (kata-kata) utusan-Nya SAW! Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Antara tanda hari kiamat: Seorang lelaki melalui sebuah masjid namun dia tidak solat dua rakaat di dalamnya. Begitu juga seorang lelaki yang tidak memberi salam kecuali kepada yang dia kenal, juga seorang kanak-kanak yang menenangkan orang tua. [Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Ṣaḥīḥnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4514]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs