Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ أشراطِ الساعةِ: أن يمرَّ الرجلُ في المسجدِ، لا يصلّي فيه ركعتَينِ، وأن لا يسلمَ الرجلُ إلا على من يعرفُ، وأن يُبردَ الصبيُّ الشيخَ.
Teks Bahasa Melayu
Antara tanda hari kiamat: Seorang lelaki melalui sebuah masjid namun dia tidak solat dua rakaat di dalamnya. Begitu juga seorang lelaki yang tidak memberi salam kecuali kepada yang dia kenal, juga seorang kanak-kanak yang menenangkan orang tua.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 669, hadis no. 3451. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سالم بن أبي الجعد عن أبيه، قال: لقي ابن مسعود -رضي الله عنه- رجلاً، فقال: السلام عليك يا ابن مسعود! فقال ابن مسعود -رضي الله عنه-: صدق الله ورسوله صلى الله عليه وسلم! سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من أشراط الساعة: أن يمر الرجل في المسجد، لا يصلي فيه ركعتين، وأن لا يسلم الرجل إلا على من يعرف، وأن يبرد الصبي الشيخ)). [خز، طب، ((الضعيفة)) (4514)]
(Lemah) Daripada Sālim bin Abī al-Ja’d daripada ayahnya, beliau berkata: Ibn Mas‘ūd RA bertemu seorang lelaki lalu dia berkata: Salam sejahtera ke atas kamu wahai Ibn Mas‘ūd! Maka Ibn Mas‘ūd RA berkata: Benarlah (firman) Allah dan (kata-kata) utusan-Nya SAW! Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Antara tanda hari kiamat: Seorang lelaki melalui sebuah masjid namun dia tidak solat dua rakaat di dalamnya. Begitu juga seorang lelaki yang tidak memberi salam kecuali kepada yang dia kenal, juga seorang kanak-kanak yang menenangkan orang tua. [Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Ṣaḥīḥnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4514]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman