Antara sunnahku adalah nikah

TEKS BAHASA ARAB

‌من أحب فطرتي فليستن بسنتي، ومن سنتي النكاح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyukai peribadiku, maka hendaklah dia mengikuti sunnahku dan antara sunnahku adalah nikah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1259, hadis nombor 6428. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف)
عن عبيد بن سعد عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من أحب فطرتي فليستن بسنتي، ومن سنتي النكاح.
[عب، ابن بطة، هق، ((الضعيفة)) (2509)].

(Lemah)
Daripada ‘Ubaid bin Sa’d daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang menyukai peribadiku, maka hendaklah dia mengikuti sunnahku dan antara sunnahku adalah nikah.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, Ibn Battah, al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2509]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs