Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ سننِ المرسلينِ : الحِلمُ، والحياءُ، والحِجامةُ، والتعطرُ، وكثرةُ الأزواجِ.
Teks Bahasa Melayu
Antara sunnah para Rasul ialah: Sifat lemah lembut, perasaan malu, berbekam, memakai wangi-wangian, serta mempunyai isteri yang ramai.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 212, hadis no. 1122. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من سنن المرسلين: الحلم، والحياء، والحجامة، والتعطر، وكثرة الأزواج)). [عد، هب، ((الضعيفة)) (4523)]
(Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara sunnah para Rasul ialah: Sifat lemah lembut, perasaan malu, berbekam, memakai wangi-wangian, serta mempunyai isteri yang ramai. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4523]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman