TEKS BAHASA ARAB
من سنن المرسلين: الحلم، والحياء، والحجامة، والتعطر، وكثرة الأزواج.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Antara sunnah para Rasul adalah: Berlemah lembut, bersifat malu, berbekam, berwangi-wangian, dan mempunyai ramai isteri.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 88, hadis nombor 443. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعاً: من سنن المرسلين: الحلم، والحياء، والحجامة، والتعطر، وكثرة الأزواج.
[عد، هب، ((الضعيفة)) (4523)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara sunnah para Rasul adalah: Berlemah lembut, bersifat malu, berbekam, berwangi-wangian, dan mempunyai ramai isteri.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil dan al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4523]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.