Daif

30/06/2024

minit bacaan



Antara sunnah para Rasul adalah: Berlemah lembut, bersifat malu, berbekam, berwangi-wangian, dan mempunyai ramai isteri

Teks Bahasa Arab

منْ سننِ المرسلينِ: الحِلمُ، والحياءُ، والحِجامةُ، والتعطرُ، وكثرةُ الأزواجِ.

Teks Bahasa Melayu

Antara sunnah para Rasul adalah: Berlemah lembut, bersifat malu, berbekam, berwangi-wangian, dan mempunyai ramai isteri.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 88, hadis no. 443. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعاً: من سنن المرسلين: الحلم، والحياء، والحجامة، والتعطر، وكثرة الأزواج. [عد، هب، ((الضعيفة)) (4523)]

(Daif) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara sunnah para Rasul adalah: Berlemah lembut, bersifat malu, berbekam, berwangi-wangian, dan mempunyai ramai isteri. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil dan al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4523]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.