Antara sunat semasa haji adalah seorang imam bersolat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan juga Subuh di Mina

TEKS BAHASA ARAB

من سنة الحج أن يصلي الإمام الظهر والعصر، والمغرب والعشاء الآخرة والصبح بمنى، ثم يغدوا إلى عرفة فيقيل حيث قضي له، حتى إذا زالت الشمس خطب الناس، ثم صلى الظهر والعصر جميعا، ثم وقف بعرفات حتى تغرب الشمس فإذا رمى الجمرة الكبرى حل له كل شيء حرم عليه إلا النساء والطيب حتى يزور البيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara sunat semasa haji adalah seorang imam bersolat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan juga Subuh di Mina, kemudian bertolak ke Arafah dan tidur sebentar di situ, sehingga jika matahari tergelincir dia berkhutbah kepada manusia, kemudian dia solat Zohor dan Asar kesemuanya, kemudian berwukuf di Arafah sehingga matahari terbenam. Apabila dia telah melontar Jamrah al-Kubra maka telah halal baginya semua perkara yang diharamkan kepadanya kecuali wanita (isteri) dan wangi-wangian sehingga dia menziarahi Kaabah (tawaf ifadhah).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 733, hadis nombor 3741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن الزبير – رضي الله عنه – قال: ((من سنة الحج أن يصلي الإمام الظهر والعصر، والمغرب والعشاء الآخرة والصبح بمنى، ثم يغدوا إلى عرفة فيقيل حيث قضي له، حتى إذا زالت الشمس خطب الناس، ثم صلى الظهر والعصر جميعا، ثم وقف بعرفات حتى تغرب الشمس فإذا رمى الجمرة الكبرى حل له كل شيء حرم عليه إلا النساء والطيب حتى يزور البيت)). [ك، هق، ((الضعيفة)) (1015)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin al-Zubair RA berkata: Antara sunat semasa haji adalah seorang imam bersolat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan juga Subuh di Mina, kemudian bertolak ke Arafah dan tidur sebentar di situ, sehingga jika matahari tergelincir dia berkhutbah kepada manusia, kemudian dia solat Zohor dan Asar kesemuanya, kemudian berwukuf di Arafah sehingga matahari terbenam. Apabila dia telah melontar Jamrah al-Kubra maka telah halal baginya semua perkara yang diharamkan kepadanya kecuali wanita (isteri) dan wangi-wangian sehingga dia menziarahi Kaabah (tawaf ifadhah).
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1015]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs