Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِنْ سُنَّةِ الحَجِّ أنْ يُصَلِّيَ الإمامُ الظهرَ والعصرَ، والمغربَ والعشاءَ الآخِرَةَ والصُّبْحَ بِمِنًى، ثم يَغْدو إلى عَرَفَةَ فَيَقيلُ حيثُ قَضَى له، حتى إذا زالتِ الشمسُ خطب الناسَ، ثم صَلَّى الظهرَ والعصرَ جميعًا، ثم وقف بِعَرَفاتٍ حتى تَغْرُبَ الشمسُ فإذا رَمَى الجْمرَةَ الكُبْرَى حَلَّ له كُلُّ شيءٍ حَرُمَ عليه إلا النساءَ والطيبَ حتى يزورَ البيتَ.
Teks Bahasa Melayu
Antara sunat semasa haji adalah seorang imam bersolat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan juga Subuh di Mina, kemudian bertolak ke Arafah dan tidur sebentar di situ, sehingga jika matahari tergelincir dia berkhutbah kepada manusia, kemudian dia solat Zohor dan Asar kesemuanya, kemudian berwukuf di Arafah sehingga matahari terbenam. Apabila dia telah melontar Jamrah al-Kubra maka telah halal baginya semua perkara yang diharamkan kepadanya kecuali wanita (isteri) dan wangi-wangian sehingga dia menziarahi Kaabah (tawaf ifadhah).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin al-Zubair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 733, hadis no. 3741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن الزبير - رضي الله عنه - قال: ((من سنة الحج أن يصلي الإمام الظهر والعصر، والمغرب والعشاء الآخرة والصبح بمنى، ثم يغدوا إلى عرفة فيقيل حيث قضي له، حتى إذا زالت الشمس خطب الناس، ثم صلى الظهر والعصر جميعا، ثم وقف بعرفات حتى تغرب الشمس فإذا رمى الجمرة الكبرى حل له كل شيء حرم عليه إلا النساء والطيب حتى يزور البيت)). [ك، هق، ((الضعيفة)) (1015)]
(Daif) Daripada Abdullah bin al-Zubair RA berkata: Antara sunat semasa haji adalah seorang imam bersolat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan juga Subuh di Mina, kemudian bertolak ke Arafah dan tidur sebentar di situ, sehingga jika matahari tergelincir dia berkhutbah kepada manusia, kemudian dia solat Zohor dan Asar kesemuanya, kemudian berwukuf di Arafah sehingga matahari terbenam. Apabila dia telah melontar Jamrah al-Kubra maka telah halal baginya semua perkara yang diharamkan kepadanya kecuali wanita (isteri) dan wangi-wangian sehingga dia menziarahi Kaabah (tawaf ifadhah). [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1015]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman