Antara sifat tawaduk adalah seorang lelaki itu meminum saki-baki minuman saudaranya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من التواضع أن يشرب الرجل من سؤر أخيه، ومن شرب من سؤر أخيه ابتغاء وجه الله تعالى؛ رفعت له سبعون درجة، ومحيت عنه سبعون خطيئة، وكتب له سبعون درجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara sifat tawaduk adalah seorang lelaki itu meminum saki-baki minuman saudaranya, dan sesiapa yang meminum saki baki minuman saudaranya dengan mengharapkan keredhaan Allah Ta’ala maka akan diangkat darjatnya sebanyak 70 darjat, dihapuskan darinya 70 dosa, serta ditulis untuknya 70 darjat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 170, hadis nombor 852. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس -رضي الله عنه- مرفوعا: من التواضع أن يشرب الرجل من سؤر أخيه، ومن شرب من سؤر أخيه ابتغاء وجه الله -تعالى-؛ رفعت له سبعون درجة، ومحيت عنه سبعون خطيئة، وكتب له سبعون درجة.
[ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ((الضعيفة)) (79)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas – Raḍiyallāhu ‘anhuma – secara Marfu’: Antara sifat tawaduk adalah seorang lelaki itu meminum saki-baki minuman saudaranya, dan sesiapa yang meminum saki-baki minuman saudaranya dengan mengharapkan keredaan Allah Ta’ala maka akan diangkat darjatnya sebanyak 70 darjat, dihapuskan daripadanya 70 dosa, serta ditulis untuknya 70 darjat.
[Riwayat Ibn Jauzi dalam al-Maudhu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 79]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.