Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِنَ التواضُعِ أنْ يشرَبَ الرجلُ مِنْ سُؤْرِ أخيهِ، ومَنْ شرِبَ مِنْ سُؤْرِ أخيه ابتغاءَ وجْهِ اللهِ تعالى، رُفِعَتْ لَهُ سبعونَ دَرَجَةً، ومُحِيَتْ عنه سبعونَ خطيئةً، وكُتِبَ لَهُ سبعونَ درجَةً.
Teks Bahasa Melayu
Antara sifat tawaduk adalah seorang lelaki itu meminum saki-baki minuman saudaranya, dan sesiapa yang meminum saki baki minuman saudaranya dengan mengharapkan keredhaan Allah Ta’ala maka akan diangkat darjatnya sebanyak 70 darjat, dihapuskan darinya 70 dosa, serta ditulis untuknya 70 darjat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 170, hadis no. 852. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنه- مرفوعا: من التواضع أن يشرب الرجل من سؤر أخيه، ومن شرب من سؤر أخيه ابتغاء وجه الله -تعالى-؛ رفعت له سبعون درجة، ومحيت عنه سبعون خطيئة، وكتب له سبعون درجة. [ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ((الضعيفة)) (79)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas - Raḍiyallāhu ‘anhuma - secara Marfu’: Antara sifat tawaduk adalah seorang lelaki itu meminum saki-baki minuman saudaranya, dan sesiapa yang meminum saki-baki minuman saudaranya dengan mengharapkan keredaan Allah Ta’ala maka akan diangkat darjatnya sebanyak 70 darjat, dihapuskan daripadanya 70 dosa, serta ditulis untuknya 70 darjat. [Riwayat Ibn Jauzi dalam al-Maudhu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 79]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman