Antara seorang hamba dengan syurga ada tujuh perkara yang menyeksakan

TEKS BAHASA ARAB

بين العبد والجنة سبع عقاب، أهونها الموت، وأصعبها الوقوف بين يدي الله تعالى؛ إذا تعلق المظلومون بالظالمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara seorang hamba dengan syurga ada tujuh perkara yang menyeksakan, yang paling ringan adalah mati, manakala yang paling sukar adalah berdiri di hadapan Allah Taala, pada ketika itu golongan yang dizalimi bergantung dengan orang yang menzalimi mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 157 hadis nombor 782. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: بين العبد والجنة سبع عقاب، أهونها الموت، وأصعبها الوقوف بين يدي الله تعالى؛ إذا تعلق المظلومون بالظالمين.
[أبو سعيد النقاش في ((معجمه))، ((الضعيفة)) (7157)]

(Palsu)
Daripada Anas RA beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Antara seorang hamba dengan syurga ada tujuh perkara yang menyeksakan, yang paling ringan adalah mati, manakala yang paling sukar adalah berdiri di hadapan Allah Taala, pada ketika itu golongan yang dizalimi bergantung dengan orang yang menzalimi mereka.
[Riwayat Abu Sa’id Al-Naqaash dalam Mu’jam beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 7157]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs