Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Antara seorang hamba dengan syurga ada tujuh perkara yang menyeksakan, yang paling ringan adalah mati, manakala yang paling sukar adalah berdiri di hadapan Allah Taala, pada ketika itu golongan yang dizalimi bergantung dengan para penzalim mereka

Teks Bahasa Arab

بينَ العبدِ والجنةِ سبعُ عِقابٍ أهونُها الموتُ وأصعبُها الوقوفُ بين يَدَيْ اللهِ تعالى إذا تعلَّقَ المظلومونَ بالظالمينَ.

Teks Bahasa Melayu

Antara seorang hamba dengan syurga ada tujuh perkara yang menyeksakan, yang paling ringan adalah mati, manakala yang paling sukar adalah berdiri di hadapan Allah Taala, pada ketika itu golongan yang dizalimi bergantung dengan para penzalim mereka.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 157, hadis no. 782. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((بين العبد والجنة سبع عقاب، أهونها الموت، وأصعبها الوقوف بين يدي الله تعالى؛ إذا تعلق المظلومون بالظالمين)). [أبو سعيد النقاش في ((معجمه))، ((الضعيفة)) (7157)]

(Palsu) Daripada Anas RA beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Antara seorang hamba dengan syurga ada tujuh perkara yang menyeksakan, yang paling ringan adalah mati, manakala yang paling sukar adalah berdiri di hadapan Allah Taala, pada ketika itu golongan yang dizalimi bergantung dengan para penzalim mereka.” [Riwayat Abu Sa’id Al-Naqaash dalam Mu’jam beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 7157]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.