Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِن شرِّ الناسِ منزله مَن أذهبَ آخرتَهُ بدنيا غيرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Antara sejahat-jahat manusia dari segi kedudukan, sesiapa yang menghilangkan akhiratnya dengan dunia selainnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1987, hadis no. 9950. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من شر الناس منزلة من أذهب آخرته بدنيا غيره)). [ه، حل، القضاعي، عبد الغني المقدسي في ((تخريجه))، ((الضعيفة)) (1915)]
(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara sejahat-jahat manusia dari segi kedudukan, sesiapa yang menghilangkan akhiratnya dengan dunia selainnya. [Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, ‘Abd al-Ghanī al-Maqdisī dalam Takhrijnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1915]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman