Antara petanda kiamat yang menyebabkan sedikitnya ketawa dan banyak menangis

TEKS BAHASA ARAB

لو تعلمون ما أعلم، لضحكتم قليلا، ولبكيتم كثيرا، يظهر النفاق، وترفع الأمانة، وتقبض الرحمة، ويتهم الأمين، ويؤتمن غير الأمين، أناخ بكم الشرف الجون، الفتن كأمثال الليل المظلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku ketahui pasti kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Kemunafikan (golongan munafik) akan muncul, amanah akan di angkat, rahmat akan digenggam, orang amanah akan dituduh, orang yang tidak amanah akan diberikan amanah, unta-unta tua hitam akan duduk dengan kamu, dan bertebaran fitnah-fitnah (bencana) seperti malam yang gelap.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1340, hadis nombor 6845. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بتمامه)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: لو تعلمون ما أعلم، لضحكتم قليلا، ولبكيتم كثيرا، يظهر النفاق، وترفع الأمانة، وتقبض الرحمة، ويتهم الأمين، ويؤتمن غير الأمين، أناخ بكم الشرف الجون، الفتن كأمثال الليل المظلم.
[حب، ك، ((الضعيفة)) (4354)]

(Lemah dengan teks matan yang lengkap)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku ketahui pasti kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Kemunafikan (golongan munafik) akan muncul, amanah akan di angkat, rahmat akan digenggam, orang amanah akan dituduh, orang yang tidak amanah akan diberikan amanah, unta-unta tua hitam akan duduk dengan kamu, dan bertebaran fitnah-fitnah (bencana) seperti malam yang gelap.
[Riwayat Ibn Hibban, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4354]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs