Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو تعلمون ما أعلمُ، لَضَحِكْتُم قليلًا، ولَبَكَيْتُم كثيرًا، يَظْهَرُ النفاقُ، وتُرْفَعُ الأمانةُ، وتُقْبَضُ الرحمةُ، ويُتَّهَمُ الأمينُ، ويُؤْتَمَنُ غيرُ الأمينِ، أناخ بكم الشُّرْفُ الجُونُ، الفِتَنُ كأمثالِ الليلِ المُظْلِمِ.
Teks Bahasa Melayu
Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku ketahui pasti kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Kemunafikan (golongan munafik) akan muncul, amanah akan di angkat, rahmat akan digenggam, orang amanah akan dituduh, orang yang tidak amanah akan diberikan amanah, unta-unta tua hitam akan duduk dengan kamu, dan bertebaran fitnah-fitnah (bencana) seperti malam yang gelap.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1340, hadis no. 6845. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بتمامه) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: لو تعلمون ما أعلم، لضحكتم قليلا، ولبكيتم كثيرا، يظهر النفاق، وترفع الأمانة، وتقبض الرحمة، ويتهم الأمين، ويؤتمن غير الأمين، أناخ بكم الشرف الجون، الفتن كأمثال الليل المظلم. [حب، ك، ((الضعيفة)) (4354)]
(Lemah dengan teks matan yang lengkap) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku ketahui pasti kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Kemunafikan (golongan munafik) akan muncul, amanah akan di angkat, rahmat akan digenggam, orang amanah akan dituduh, orang yang tidak amanah akan diberikan amanah, unta-unta tua hitam akan duduk dengan kamu, dan bertebaran fitnah-fitnah (bencana) seperti malam yang gelap. [Riwayat Ibn Hibban, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4354]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman