Antara petanda kiamat kecil

TEKS BAHASA ARAB

من أشراط الساعة أن يمر الرجل في المسجد لا يصلي فيه ركعتين، وأن لا يسلم الرجل إلا على من يعرف، وأن يبرد الصبي الشيخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara tanda kiamat adalah apabila seseorang itu melintas dalam masjid tetapi dia tidak menunaikan solat dua rakaat di dalamnya, begitu juga apabila seseorang itu tidak memberi (mengucap) salam kecuali kepada orang yang dia kenali sahaja dan apabila orang muda bersikap dingin (layanan buruk) terhadap orang tua.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1317, hadis nombor 6723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سالم بن أبي الجعد عن أبيه قال: لقي ابن مسعود رجلا فقال: السلام عليك يا ابن مسعود! فقال ابن مسعود: صدق الله ورسوله ﷺ، سمعت رسول الله ﷺ يقول: من أشراط الساعة أن يمر الرجل في المسجد لا يصلي فيه ركعتين وأن لا يسلم الرجل إلا على من يعرف وأن يبرد الصبي الشيخ.
[ابن خزيمة، طب، ((الضعيفة)) (١٥٣٠)].

(Lemah)
Daripada Salim bin Abi al-Ja’d daripada ayahnya, katanya: Ibn Mas’ud pernah bertemu seorang lelaki, lalu lelaki itu berkata: Salam sejahtera kepada anda, wahai Ibn Mas’ud! Lalu Ibn Mas’ud berkata: Benarlah Allah dan Rasul-Nya SAW, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Antara tanda kiamat adalah apabila seseorang itu melintas dalam masjid tetapi dia tidak menunaikan solat dua rakaat di dalamnya, begitu juga apabila seseorang itu tidak memberi (mengucap) salam kecuali kepada orang yang dia kenali sahaja dan apabila orang muda bersikap dingin (layanan buruk) terhadap orang tua.
[Riwayat Ibn Khuzaimah, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1530]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs