Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ أشراطِ الساعةِ أن يمرَّ الرجلُ في المسجدِ لا يصلّي فيه ركعتَينِ، وأن لا يسلمَ الرجلُ إلا على من يعرفُ، وأن يُبردَ الصبيُّ الشيخَ.
Teks Bahasa Melayu
Antara tanda kiamat adalah apabila seseorang itu melintas dalam masjid tetapi dia tidak menunaikan solat dua rakaat di dalamnya, begitu juga apabila seseorang itu tidak memberi (mengucap) salam kecuali kepada orang yang dia kenali sahaja dan apabila orang muda bersikap dingin (layanan buruk) terhadap orang tua.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1317, hadis no. 6723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سالم بن أبي الجعد عن أبيه قال: لقي ابن مسعود رجلا فقال: السلام عليك يا ابن مسعود! فقال ابن مسعود: صدق الله ورسوله ﷺ، سمعت رسول الله ﷺ يقول: من أشراط الساعة أن يمر الرجل في المسجد لا يصلي فيه ركعتين وأن لا يسلم الرجل إلا على من يعرف وأن يبرد الصبي الشيخ. [ابن خزيمة، طب، ((الضعيفة)) (١٥٣٠)].
(Lemah) Daripada Salim bin Abi al-Ja'd daripada ayahnya, katanya: Ibn Mas'ud pernah bertemu seorang lelaki, lalu lelaki itu berkata: Salam sejahtera kepada anda, wahai Ibn Mas'ud! Lalu Ibn Mas'ud berkata: Benarlah Allah dan Rasul-Nya SAW, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Antara tanda kiamat adalah apabila seseorang itu melintas dalam masjid tetapi dia tidak menunaikan solat dua rakaat di dalamnya, begitu juga apabila seseorang itu tidak memberi (mengucap) salam kecuali kepada orang yang dia kenali sahaja dan apabila orang muda bersikap dingin (layanan buruk) terhadap orang tua. [Riwayat Ibn Khuzaimah, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1530]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman