TEKS BAHASA ARAB
نعم الشيء الهدية أمام الحاجة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Antara perkara yang paling baik adalah hadiah (yang diberi) ketika ianya diperlukan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 865, hadis nombor 4420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسين بن علي -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((نعم الشيء الهدية أمام الحاجة)). [طب، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (754)].
(Palsu)
Daripada al-Husain bin Ali RA secara marfu: “Antara perkara yang paling baik adalah hadiah (yang diberi) ketika ianya diperlukan.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Mawsu’ati bi Marw. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 754].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.