Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعْمَ الشيءُ الهَدِيَّةُ أمامَ الحاجةِ.
Teks Bahasa Melayu
Antara perkara yang paling baik adalah hadiah (yang diberi) ketika ianya diperlukan.
Sahabat Perawi
- al-Husain Bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 865, hadis no. 4420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسين بن علي -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((نعم الشيء الهدية أمام الحاجة)). [طب، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (754)].
(Palsu) Daripada al-Husain bin Ali RA secara marfu: “Antara perkara yang paling baik adalah hadiah (yang diberi) ketika ianya diperlukan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Mawsu’ati bi Marw. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 754].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman