Classification icon

Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Antara perkara yang boleh memasukkan kamu ke dalam syurga

Teks Bahasa Arab

ألا نُحدِّثكم بما يُدخِلُكمُ الجنةَ؟ ضربٌ بالسيفِ، وطعامُ الضيفِ، واهتمامٌ بمواقيتِ الصلاةِ، وإسباغُ الطُّهورِ في الليلةِ القُرَّةِ، وإطعامُ الطعامِ على حُبِّهِ.

Teks Bahasa Melayu

Adakah kami tidak menceritakan perkara yang boleh memasukkan kamu ke dalam syurga? Iaitu memukul (membunuh) dengan pedang, memberi makan kepada tetamu, mementingkan waktu-waktu solat, menyempurnakan kesucian pada waktu malam yang dingin (sejuk), dan memberi makan makanan yang disukainya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 703, hadis no. 3602. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: ألا نحدثكم بما يدخلكم الجنة؟ ضرب بالسيف، وطعام الضيف، واهتمام بمواقيت الصلاة، وإسباغ الطهور في الليلة القرة، وإطعام الطعام على حبه. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7134)].

(Sangat Munkar) Daripada Abi Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Adakah kami tidak menceritakan perkara yang boleh memasukkan kamu ke dalam syurga? Iaitu memukul (membunuh) dengan pedang, memberi makan kepada tetamu, mementingkan waktu-waktu solat, menyempurnakan kesucian pada waktu malam yang dingin (sejuk), dan memberi makan makanan yang disukainya. [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7134].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.