Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Antara orang alim dan ahli ibadah terdapat tujuh puluh darjat

Teks Bahasa Arab

بينَ العالمِ والعابدِ سبعونَ درجةً، بينَ كلِّ درجَتينِ مسيرةُ مائةِ سنةٍ حُضرَةَ الفرَسِ السَّريعِ.

Teks Bahasa Melayu

Antara orang alim dan ahli ibadah terdapat 70 darjat. Antara kedua darjat itu ibarat perjalanan 100 tahun menggunakan kuda pecut yang laju.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1246, hadis no. 6356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: بين العالم والعابد سبعون درجة، بين كل درجتين مسيرة مائة سنة حضرة الفرس السريع. [ابن شاهين، عد، ((الضعيفة)) (2140)]

(Sangat Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara orang alim dan ahli ibadah terdapat 70 darjat. Antara kedua darjat itu ibarat perjalanan 100 tahun menggunakan kuda pecut yang laju. [Riwayat Ibn Shahin, Ibn 'Adiy dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2140]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.