Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Antara nama-nama pokok di syurga dan neraka

Teks Bahasa Arab

إذا ابتغيتمُ المعروفَ، فابتغوهُ في حِسَانِ الوجوهِ، فواللهِ! لا يَلِجُ النارَ إلا بخيلٌ، ولا يَلِجُ الجنةَ شحيحٌ، إنَّ السَّخاءَ شجرةٌ في الجنةِ تُسمَّى: السَّخاءَ، وإنَّ الشُّحَّ شجرةٌ في النارِ تُسمَّى: الشحَّ.

Teks Bahasa Melayu

Jika kamu mahukan kebaikan, maka carilah ia pada wajah-wajah yang baik. Demi Allah! Tidak akan masuk neraka kecuali orang yang bakhil, dan tidak akan masuk syurga orang yang sangat kedekut. Sesungguhnya sifat pemurah adalah sebuah pokok di syurga yang dinamakan al-Sakha’ (pemurah), manakala sifat kedekut pula sebuah pokok di neraka yang dinamakan al-Syuh (kedekut).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Jarad RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 710, hadis no. 3634. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن جراد رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا ابتغيتم المعروف، فابتغوه في حسان الوجوه، فوالله! لا يلج النار إلا بخيل، ولا يلج الجنة شحيح، إن السخاء شجرة في الجنة تسمى: السخاء، وإن الشح شجرة في النار تسمّى: الشح. [هب، ((الضعيفة)) (6971)].

(Palsu) Daripada 'Abdullah bin Jarad RA berkata: Jika kamu mahukan kebaikan, maka carilah ia pada wajah-wajah yang baik. Demi Allah! Tidak akan masuk neraka kecuali orang yang bakhil, dan tidak akan masuk syurga orang yang sangat kedekut. Sesungguhnya sifat pemurah adalah sebuah pokok di syurga yang dinamakan al-Sakha’ (pemurah), manakala sifat kedekut pula sebuah pokok di neraka yang dinamakan al-Syuh (kedekut). [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6971].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.