Antara khazanah kebaikan itu adalah menyembunyikan musibah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من كنوز البر كتمان المصائب، وما صبر من بث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara khazanah kebaikan itu adalah menyembunyikan musibah. Dan tidaklah dikira bersabar seseorang yang menyebarkan (musibah yang menimpa dirinya).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 176, hadis nombor 895. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: من كنوز البر كتمان المصائب، وما صبر من بث.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (664)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik- Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: Antara khazanah kebaikan itu adalah menyembunyikan musibah. Dan tidaklah dikira bersabar seseorang yang menyebarkan (musibah yang menimpa dirinya).
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 664]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.