Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كنوزِ البِرِّ كتمانُ المصائبِ، وما صبرَ مَن بَثَّ.
Teks Bahasa Melayu
Antara khazanah kebaikan itu adalah menyembunyikan musibah. Dan tidaklah dikira bersabar seseorang yang menyebarkan (musibah yang menimpa dirinya).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 176, hadis no. 895. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: من كنوز البر كتمان المصائب، وما صبر من بث. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (664)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik- Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: Antara khazanah kebaikan itu adalah menyembunyikan musibah. Dan tidaklah dikira bersabar seseorang yang menyebarkan (musibah yang menimpa dirinya). [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 664]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman