Antara kesempurnaan nikmat adalah masuk syurga dan selamat daripada neraka

TEKS BAHASA ARAB

من تمام النعمة: دخول الجنة، والفوز من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara kesempurnaan nikmat adalah masuk syurga dan selamat daripada neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1279, hadis nombor 6555. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلاً يدعو يقول: اللهم! إني أسألك تمام النعمة، فقال: أي شيء تمام النعمة؟ قال: دعوة دعوت بها، أرجو بها الخير، قال: من تمام النعمة: دخول الجنة، والفوز من النار.
[خد، ت، ش، حم، طب، ((الضعيفة)) (3416، 4520)]

(Lemah)
Daripada Mu’az bin Jabal RA, katanya: Rasulullah SAW telah mendengar seorang lelaki berdoa mengucapkan: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadamu kesempurnaan nikmat. Lalu baginda bersabda: Mana satukah kesempurnaan nikmat? Lelaki itu menjawab: Doa yang aku panjatkan, aku mengharapkan kebaikan dengan doa tersebut. Baginda bersabda: Antara kesempurnaan nikmat adalah masuk syurga dan selamat daripada neraka.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Tirmizi, Ibn Abi Shaibah, Ahmad dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3416, 4520]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs