Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِن تمامُ النعمةِ: دخولُ الجنةِ، والفوزُ من النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Antara kesempurnaan nikmat adalah masuk syurga dan selamat daripada neraka.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1279, hadis no. 6555. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلاً يدعو يقول: اللهم! إني أسألك تمام النعمة، فقال: أي شيء تمام النعمة؟ قال: دعوة دعوت بها، أرجو بها الخير، قال: من تمام النعمة: دخول الجنة، والفوز من النار. [خد، ت، ش، حم، طب، ((الضعيفة)) (3416، 4520)]
(Lemah) Daripada Mu'az bin Jabal RA, katanya: Rasulullah SAW telah mendengar seorang lelaki berdoa mengucapkan: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadamu kesempurnaan nikmat. Lalu baginda bersabda: Mana satukah kesempurnaan nikmat? Lelaki itu menjawab: Doa yang aku panjatkan, aku mengharapkan kebaikan dengan doa tersebut. Baginda bersabda: Antara kesempurnaan nikmat adalah masuk syurga dan selamat daripada neraka. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Tirmizi, Ibn Abi Shaibah, Ahmad dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3416, 4520]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman