Antara kesempurnaan haji ialah memukul pemandu unta

TEKS BAHASA ARAB

من تمام الحج ضرب الجمال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara kesempurnaan haji ialah memukul pemandu unta.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 194, hadis nombor 369. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو من كلام الأعمش. قاله ابن الديبع: قلت صح ضرب الصديق رضي الله عنه جماله في الحج بحضرة النبي صلى الله عليه وسلم، فيدل ذلك على أن المراد منه إضافة المصدر إلى مفعوله، وقيل: أريد إضافته إلى الفاعل، والله أعلم.

Ia daripada kalam al-A’mash. Ibn al-Daiba‘ berkata: Aku telah berkata: Sahih, Abu Bakar al-Siddiq RA telah memukul pemandu untanya ketika haji dengan kehadiran Nabi SAW. Maka ia menunjukkan bahawa maksud darinya ialah menyandarkan kata terbitan (pukul) kepada orang yang terkena pukulan itu (orang yang buat haji memukul penunggang unta yang fasiq) dan dikatakan juga: ia hendak disandarkan kepada si pelakunya (orang yang buat haji dipukul oleh penunggang unta), dan Allah Maha Mengetahui.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs