Antara kesempurnaan haji adalah dengan berihram dari rumah keluargamu

TEKS BAHASA ARAB

من تمام الحج أن تحرم من ‌دويرة أهلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara kesempurnaan haji adalah dengan berihram dari rumah keluargamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 727, hadis nombor 3708. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – في قوله – عز وجل -: {وأتموا الحج والعمرة لله} قال: ((من تمام الحج أن تحرم من ‌دويرة أهلك)). [هق، ((الضعيفة)) (210)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda melalui firman Allah: {Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah}. [al-Baqarah: 196] Baginda bersabda: Antara kesempurnaan haji adalah dengan berihram dari rumah keluargamu.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 210]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs