Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من تمامِ الحجِّ أن تُحرِمَ من دُويرةِ أهلِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Antara kesempurnaan haji adalah dengan berihram dari rumah keluargamu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 727, hadis no. 3708. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - عن النبي - صلى الله عليه وسلم - في قوله - عز وجل -: {وأتموا الحج والعمرة لله} قال: ((من تمام الحج أن تحرم من دويرة أهلك)). [هق، ((الضعيفة)) (210)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda melalui firman Allah: {Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah}. [al-Baqarah: 196] Baginda bersabda: Antara kesempurnaan haji adalah dengan berihram dari rumah keluargamu. [Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 210]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman