Antara kesempurnaan dalam memberi penghormatan adalah dengan memegang tangan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من تمام التحية الأخذ باليد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara kesempurnaan dalam memberi penghormatan adalah dengan memegang tangan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 182, hadis nombor 932. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) ((من تمام التحية الأخذ باليد)). روي من حديث عبد الله بن مسعود، وأبي أمامة، والبراء بن عازب. [ت، أبو أحمد الحاكم في ((الفوائد))، حم، الروياني في ((مسنده))، عد، ابن عساكر، محمد بن رزق الله في ((حديث أبي علي الفزاري))، أبو الخلدي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (1288)]

(Lemah)
Antara kesempurnaan dalam memberi penghormatan adalah dengan memegang tangan. Diriwayatkan daripada hadis ‘Abdullah bin Mas’ud, Abu Umamah, al-Bara’ bin ‘Azab.
[Riwayat al-Tirmiẓī dalam Sunan beliau, Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Fawaid, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Rauyani dalam al-Musnad, Ibn 'Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Ibn Asakir, Muhamad bin Rizqillah dalam Hadis Ali al-Fazari dan Abu al-Khuldi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1288]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.