Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِنْ تَمَامِ التَحِيَةِ الأخْذُ باليَدِ.
Teks Bahasa Melayu
Antara kesempurnaan dalam memberi penghormatan adalah dengan memegang tangan.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Mas’ud
- Abu Umamah
- al-Bara’ bin ‘Azab.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 182, hadis no. 932. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) ((من تمام التحية الأخذ باليد)). روي من حديث عبد الله بن مسعود، وأبي أمامة، والبراء بن عازب. [ت، أبو أحمد الحاكم في ((الفوائد))، حم، الروياني في ((مسنده))، عد، ابن عساكر، محمد بن رزق الله في ((حديث أبي علي الفزاري))، أبو الخلدي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (1288)]
(Daif) Antara kesempurnaan dalam memberi penghormatan adalah dengan memegang tangan. Diriwayatkan daripada hadis ‘Abdullah bin Mas’ud, Abu Umamah, al-Bara’ bin ‘Azab. [Riwayat al-Tirmiẓī dalam Sunan beliau, Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Fawaid, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Rauyani dalam al-Musnad, Ibn 'Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Ibn Asakir, Muhamad bin Rizqillah dalam Hadis Ali al-Fazari dan Abu al-Khuldi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1288]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman