Antara kenikmatan syurga

TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة طيرا له سبعون ألف ريشة، فإذا وضع الخوان قدام ولي من الأولياء؛ جاء الطير فسقط عليه، فانتفض؛ فخرج من كل ريشة لون ألذ من الشهد، وألين من الزبد، وأحلى من العسل، ثم يطير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat seekor burung yang mempunyai tujuh puluh ribu bulu dan apabila diletakkan sebuah hidangan di hadapan seorang wali daripada para wali (Allah), burung itu akan datang dan jatuh di atasnya lalu menggelepar (bergerak-gerak mengibas-ngibaskan badannya). Maka terkeluarlah daripada setiap lembaran bulunya itu rasa yang lebih enak daripada sarang madu, lebih lembut daripada keju, dan lebih manis daripada madu, kemudian burung itu terbang semula.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1503, hadis nombor 7664. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علقمة قال: خطبنا عبد الله -رضي الله عنه- يوما، فقال في خطبته: {متكئين على فرش بطائنها من إستبرق})، فقال: هذه البطائن، فكيف لو رأيتم الظواهر؟! ثم قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: إن في الجنة طيرا له سبعون ألف ريشة، فإذا وضع الخوان قدام ولي من الأولياء؛ جاء الطير فسقط عليه، فانتفض؛ فخرج من كل ريشة لون ألذ من الشهد، وألين من الزبد، وأحلى من العسل، ثم يطير. [ابن مردوية في ((ثلاثة مجالس من الأمالي))، (الضعيفة)) (5026)].

(Lemah)
Daripada ‘Alqamah RA, beliau berkata bahawa: Abdullah RA telah berkhutbah kepada kami pada suatu hari, lalu beliau berkata di dalam khutbahnya: Ayat {Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan permaidani, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – diperbuat daripada sutera tebal yang bersulam} [al-Rahman: 54]. Dia (Abdullah) berkata: Ini bahagian sebelah dalamnya, maka bagaimana pula jika kalian melihat bahagian sebelah luarnya? Kemudian dia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga terdapat seekor burung yang mempunyai tujuh puluh ribu bulu dan apabila diletakkan sebuah hidangan di hadapan seorang wali daripada para wali (Allah), burung itu akan datang dan jatuh di atasnya lalu menggelepar (bergerak-gerak mengibas-ngibaskan badannya). Maka terkeluarlah daripada setiap lembaran bulunya itu rasa yang lebih enak daripada sarang madu, lebih lembut daripada keju, dan lebih manis daripada madu, kemudian burung itu terbang semula.))
[Riwayat Ibn Mardawih dalam ((Tiga Majlis daripada al-‘Amali)). Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5026].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs