TEKS BAHASA ARAB
من كرامتي أني ولدت مختونا ولم ير أحد سوأتي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Antara kemulian aku adalah aku dilahirkan dalam keadaan sudah dikhatankan dan tiada siapa pernah melihat aurat aku.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1094-1095, hadis nombor 5558. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مِنْ كرامتي أنِّي وُلِدتُ مختونًا ولم يرَ أحدٌ سَوْأَتي.[طص، طس، خط، ابن الجوزي في العلل، ابن عساكر، الضعيفة (6270)].
(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: (Antara kemulian aku adalah aku dilahirkan dalam keadaan sudah dikhatankan dan tiada siapa pernah melihat aurat aku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal, riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6270]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.