Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِنْ كَرَامَتِي أَنِّي وُلِدْتُ مَخْتُوناً وَلَمْ يَرَ أَحَدٌ سَوْأَتِي.
Teks Bahasa Melayu
Antara kemulian aku adalah aku dilahirkan dalam keadaan sudah dikhatankan dan tiada siapa pernah melihat aurat aku.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1094-1095, hadis no. 5558. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مِنْ كرامتي أنِّي وُلِدتُ مختونًا ولم يرَ أحدٌ سَوْأَتي.[طص، طس، خط، ابن الجوزي في العلل، ابن عساكر، الضعيفة (6270)].
(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: (Antara kemulian aku adalah aku dilahirkan dalam keadaan sudah dikhatankan dan tiada siapa pernah melihat aurat aku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal, riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6270]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman