Antara keelokan ibadah seseorang adalah: Sifat sangka baik yang ada pada dirinya

TEKS BAHASA ARAB

من حسن عبادة المرء: حسن ظنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara keelokan ibadah seseorang adalah: Sifat sangka baik yang ada pada dirinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 88, hadis nombor 439. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: من حسن عبادة المرء: حسن ظنه.
[عد، خط، الرافعي، ((الضعيفة)) (4521)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara keelokan ibadah seseorang adalah: Sifat sangka baik yang ada pada dirinya.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād, Al-Rāfi‘ī dalam dan Tarikh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4521]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs