Daif

30/06/2024

minit bacaan



Antara keelokan ibadah seseorang adalah: Sifat sangka baik yang ada pada dirinya

Teks Bahasa Arab

منْ حسنِ عبادةِ المرءِ: حسنُ ظنهِ.

Teks Bahasa Melayu

Antara keelokan ibadah seseorang adalah: Sifat sangka baik yang ada pada dirinya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 88, hadis no. 439. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: من حسن عبادة المرء: حسن ظنه. [عد، خط، الرافعي، ((الضعيفة)) (4521)]

(Daif) Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara keelokan ibadah seseorang adalah: Sifat sangka baik yang ada pada dirinya. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād, Al-Rāfi‘ī dalam dan Tarikh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4521]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.