Antara keberkatan seorang wanita ialah dia mampu membesarkan anak-anaknya

TEKS BAHASA ARAB

من بركة المرأة: تكبيرها بالبنات؛ ألم تسمع الله يقول: {يهب لمن يشاء إناثا ويهب لمن يشاء الذكور}، فبدأ بالإناث قبل الذكور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara keberkatan seorang wanita; dia membesarkan anak-anaknya. Tidakkah kamu mendengar Allah berfirman: “Ia memberi kepada sesiapa yang dikehendaki anak-anak perempuan, dan ia memberi kepada siapa yang dikehendaki anak-anak lelaki". (Dalam ayat ini) Allah SWT mendahulukan perempuan sebelum lelaki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 945, hadis nombor 4871. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من بركة المرأة: تكبيرها بالبنات؛ ألم تسمع الله يقول: {يهب لمن يشاء إناثا ويهب لمن يشاء الذكور} ، فبدأ بالإناث قبل الذكور)).
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، خط، ابن عساكر، أبو نعيم في ((جزء حديث الكديمي وغيره))، ((الضعيفة)) (4519)].

(Palsu)
Daripada Wasilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara keberkatan seorang wanita; dia membesarkan anak-anaknya. Tidakkah kamu mendengar Allah berfirman: “Ia memberi kepada sesiapa yang dikehendaki anak-anak perempuan, dan ia memberi kepada siapa yang dikehendaki anak-anak lelaki". (Dalam ayat ini) Allah SWT mendahulukan perempuan sebelum lelaki.
[Riwayat al-Kharaiti dalam Makarim al-Akhlak, al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Tarikh al-Baghdad, Ibn ‘Asakir, Abu Nuaim di dalam Juzuk Hadis al-Kadimi wa Ghoirihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4519].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs