Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَبُرَ مَقْتًا عند الله: الأكلُ من غير جُوعٍ، والنَومُ من غَيرِ سَهَرٍ، والضَحِك مِنْ غَيرِ عَجَبٍ، والرِنَّةُ عند المُصِيْبَةِ، والمُزمار عندَ النِعمَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Antara perkara yang menjadi kebencian yang besar di sisi Allah SWT: Makan tanpa rasa lapar, tidur tanpa berjaga malam (qiyamullail), gelak tanpa sesuatu yang mengagumkan, merintih ketika ditimpa musibah, dan juga membunyikan seruling ketika mendapat nikmat
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 79, hadis no. 386. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبدالله بن عمرو - رضي الله عنهما - عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((كبر مقتا عند الله: الأكل من غير جوع، والنوم من غير سهر. والضحك من غير عجب، والرنة عند المصيبة، والمزمار عند النعمة)). [الخلعي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (4086)].
(Terlalu Daif) Daripada Abdullah bin Amru RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ((Antara perkara yang menjadi kebencian yang besar di sisi Allah SWT: Makan tanpa rasa lapar, tidur tanpa berjaga malam (qiyamullail), gelak tanpa sesuatu yang mengagumkan, merintih ketika ditimpa musibah, dan juga membunyikan seruling ketika mendapat nikmat)). [Riwayat al-Khila’i dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4086].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman