Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Antara kebahagiaan seseorang itu ialah akhlak yang baik

Teks Bahasa Arab

من سعادةِ المرءِ حُسْنُ الخُلُقِ.

Teks Bahasa Melayu

Antara kebahagiaan seseorang itu ialah akhlak yang baik.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 38, hadis no. 144. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من سعادة المرء حسن الخلق)). [القضاعي، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2359)]

(Palsu) Daripada Jābir ibn ‘Abdullah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara kebahagiaan seseorang itu ialah akhlak yang baik. [Riwayat al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq, Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2359]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.